Perkhidmatan Kami
  Diagnosis Audiologi  
 
 1.) Audiometri Nada Tulen


  Ujian ini dilakukan untuk menentukan tahap dan jenis masalah pendengaran. Sebelum   melakukan ujian ini pesakit akan diberikan arahan supaya menekan butang sekiranya   mendengar bunyi sekalipun bunyi yang sangat perlahan.

  Bunyi akan diberikan kepada pesakit melalui ‘insertphone’ atau ‘headphone’ dan vibrator   tulang. Pendengaran akan diuji pada frekuensi 250 Hz, 500 Hz, 1 kHz, 2 kHz, 4 kHz.   Pendengaran pada frekuensi 8 kHz akan diuji melalui vibrator tulang sahaja. Ujian ini   dilakukan dalam bilik kedap bunyi dengan suasana sekeliling yang sunyi.


 
 
 
   2.) Audiometri Permainan

   Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang digunakan bagi kanak-kanak yang   berumur di antara 3 hingga 7 tahun. Ia merupakan suatu bentuk permainan yang   menyeronokkan bertujuan menentukan tahap pendengaran kanak-kanak.

  Semasa ujian ini, kanak-kanak akan diajar untuk melakukan suatu bentuk kerja (dalam   bentuk permainan) seperti mengusun blok, memasukkan blok ke dalam kotak apabila   mendengar sesuatu bunyi yang diberikan melalui ‘inserphone’ atau ‘headphone’ dan   vibrator tulang.

  Fasa ini dikenali sebagai fasa penyesuaian yang mana memerlukan latihan dan   pengulangan.
 
 
 
   3.) Audiometri Rangsangan Penglihatan

   Ini merupakan suatu bentuk ujian pendengaran yang dilakukan kepada kanak-kanak
  pada umur antara 6 bulan hingga 24 bulan. Secara asasnya, kanak-kanak akan di ajar untuk   memandang kepada patung yang bercahaya dan bergerak yang menarik apabila   mendengar sesuatu bunyi. Fasa ini dikenali sebagai fasa penyesuaian.
 
 
 
   4.) Tympanometri

   Ujian ini dilakukan bagi menentukan keadaan telinga tengah pesakit. Ini ini mampu   mengenalpasti sebarang keabnormalan pada bahagian telinga pesakit termasuklah   keadaan gegendang telinga dan isipadu telinga.

  Ujian ini hanya mengambil masa antara 3 ke 5 minit dan pesakit hanya perlu mendiamkan   diri semasa ujian dijalankan. Prosedur ini adalah tidak menyakitkan.
 
 
 
   5.) Gelombang Otoakustik

   Otoacoustic Emission merupakan suatu bentuk ujian yang dijalankan bagi mengesan   keadaan organ pendengaran pesakit yang dikenali sebagai koklea. Bagi penyaringan   pendengaran dengan menggunakan ujian ini, hanya dua keputusan yang diberikan   samada lulus ataupun gagal.

  Keputusan lulus membuktikan kesihatan organ pendengaran dan keadaan struktur   pendengaran yang baik. Pada masa kini, ujian ini dilaksanakan dikebanyakan unit-unit   bersalin bagi membolehkan pengesanan awal masalah pendengaran bagi bayi dapat   dilakukan. Jangka masa yang singkat iaitu antara 3 ke 5 minit diperlukan bagi ujian ini   bergantung kepada jenis mesin yang digunakan.
 
 
 
   6.) Ujian Elektrofisiologi

   Ujian ini adalah merupakan ujian objektif yang tidak melibatkan kerjasama daripada   pesakit. Pesakit hanya perlu merehatkan diri sambil beberapa elektod akan dipasang di   bahagian kepala pesakit bagi mendapatkan gelombang pendengaran.

  Ujian boleh digunakan bagi menentukan tahap dan jenis masalah pendengaran melalui   penganalisaan gelombang. Kebiasaannya ujian ini dilakukan kepada kanak melalui   penggunaan sedasi bagi membolehkan kanak-kanak berada dalam keadaan rehat   semasa ujian dijalankan.
 
 

 
   
         
 
Versi Bahasa
 


Copyright © 2010 Pro-Hearing Audiolab Systems. All Rights Reserved.

Design by Hambli Design