Verifikasi Pendengaran
    
   1.) Pemilihan, pemakaian dan verifikasi alat bantu pendengaran

  Ini merupakan fasa yang terlibat semasa pengurusan pesakit dengan masalah   pendengaran yang memerlukan alat bantu pendengaran. Setiap fasa adalah penting untuk   dijalankan bagi memberi kepuasan terhadap penggunaan alat bantu pendengaran kepada   pesakit.

  Semasa fasa pemilihan alat bantu pendengaran, penambilan sejarah pesakit, dan ujian   pendengaran terlebih dahulu akan dijalankan bagi menentukan alat yang sesuai dengan   pendengaran pesakit. Terdapat berbagai jenis bentuk dan jenis alat Bantu pendengaran   yang terdapat di pasaran.

  Semasa fasa pemakaian alat bantu dengar, pesakit akan dicuba dengan pelbagai bentuk   dan jenis alat Bantu pendengaran. Berbagai jenis faktor akan mempengaruhi fasa   permilihan ini seperti tahap dan jenis masalah pendengaran, umur, kos , gaya hidup dan   kemahiran menggunakan alat bantu pendengaran.

  Bagi fasa verifikasi alat bantu pendengaran, beberapa temu janji akan diaturkan bagi   pesakit mengikut tempoh yang tertentu iaitu 2 minggu selepas pemakaian kali pertama,
  2 minggu dari tempoh temu janji yang kedua, seterusnya dalam tempoh sebulan, dan   dalam tempoh 3 bulan yang seterusnya sehingga   pesakit selesa dengan penggunaan   alat bantu pendengaran yang diguna.


 
 
 
   2.) Terapi auditori-verbal

   Terapi ini kini digunakan dalam membantu pesakit terutamanya kanak-kanak yang   memakai alat bantu pendengaran dan juga implan koklea.

  Terapi ini berbentuk permainan yang menyeronokkan dan kanak-kanak akan diberi   beberapa tugasan yang mencabar dan menyeronokkan, pada masa yang sama   meransang mereka melalui pendengaran. Pihak ibu bapa dan penjaga turut sama   melibatkan diri semasa terapi ini berlangsung.
 
 
 
   3.) Terapi Tinnitus

   Tinnitus merupakan suatu simptom deringan didalam telinga. Punca tinnitus pada masa   kini masih belum diketahui dan ianya melibatkan beberapa laluan dari telinga ke otak.   Terapi tinnitus melibatkan penggunaan kaunseling dan alat yang membantu   mengurangkan masalah tinnitus (deringan di dalam telinga) dari masa ke semasa.

  Terapi tinnitus ini mengambil masa yang tertentu bagi mendapatkan hasilnya.   Kebanyakkan alat yang ada mengambil objektif bagi mencapai habituasi iaitu keadaan   pesakit yang tidak merasa terganggu dengan keadaan tinnitus yang dihadapi mereka.

  Tinnitus turut sama dipengaruhi oleh keadaan emosi pesakit yang mana emosi yang
  tidak stabil akan meningkatkan lagi gangguan deringan didalam telinga pesakit. Gaya   hidup yang sihat seperti tidur awal, pemakanan yang seimbang dan senaman turut sama   membantu mengurangkan bunyi tinnitus.
 
 

 
   
         
 
Versi Bahasa
 


Copyright © 2010 Pro-Hearing Audiolab Systems. All Rights Reserved.

Design by Hambli Design